search
  • total.jpg

Spectra 41.0 500ml / 1L / 4L

RM 23.00
- +
cart Add to Cart
Home


Berat  Bersih : 500ml / 1L / 4L 

Bahan Aktif :
glyphosate-isopropylamine – 41.0% w/w
Glyphosate – 30.5% w/w
Bahan Lengai – 59% w/w

Class : III

Spectra 41.0 ialah racun rumpai cambah untuk kawalan lalang (Imperata cylindrica) dan rumpai di lading getah, kelapa sawit, koko, teh dan kawasan bukan untuk tanaman.

Aturan Penggunaan :

Kawasan TanamanRumpaiKeadaan NaunganKadar RacunIsipadu Semburan Sehektar
Getah, Kelapa Sawit, Koko, Teh, kopi dan  Kawasan Bukan Untuk Tanaman

10 Liter AirSehektar
Lalang (Imperata cylindrica)66ml6 liter900 Liter
Rumput Kerbau (Paspalum conjugatum)Kurang 30%33ml1.5 liter450 Liter
Rumput Pait (Ottochloa nodosa)Lebih 30%25ml1.1 liter

Jangan kutip hasil tanaman koko sekurang-kurangnya 7 hari bagi koko dan 21 hari bagi kopi. 

Jangan biarkan haiwan ternakan meragut rumpai di kawasan yang disembur selama sekurang-kurangnya duabulan selepas semburan terakhir.

Panduan Membancuh:
Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan SPECTRA 41.0 secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Sila tambah penyelerak / bahan permukaan bukan ion (non-ionic surfactant) yang sesuai untuk kawalan rumpai yang lebih berkesan. Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan simpan baki bancuhan SPECTRA 41.0 di dalam tangi alat penyembur.

Panduan Menyembur:
Disyor menggunakan alat penyembur galas bernozel “fanjet” bersaiz 5/64 inci. Jangan guna pada kadar lebih tinggi  daripada yang disyorkan. Ketika menyembur, elakkan kabus semburan daripada terkena tanaman kerana kerosakan teruk atau kebinasaan mungkin berlaku. Gunakan alat penghadang semburan untuk mengelakkan tempiasan. Jangan guna ke atas kawasan tanaman lain yang tidak disyorkan. Basuh tangan dan alat penyembur sebersih-bersihnya selepas menggunakannya.

 Tempoh Dilarang Masuk Senula Kawasan Rawatan (REI) : 12 jam

AWAS:
Barbahaya jika terminum. Elakkan daripada terhidu wasap atau kabus semburan. Elakkan daripada terkena kulit atau mata. Ketika mengendalikan produk ini, pastikan pakai pakaian pelindung diri (PPE) berpiawaian termasuk sarung tangan dan JANGAN makan, minum atau merokok. Tutup bekas racun dengan rapat dan simpan di tempat berkunci yang mempunyai peredaran udara yang baik, kering dan dingin. Cuci alat penyembur sebersih-bersihnya selepas menggukannya.

Produk ini adalah berbahaya pada ikan. JANGAN cemarkan kolam, sungai atau saliran air.

TANDA TERKENA KERACUNAN:
Gatal-gatal pada mata, hidung, kerongkong dan kulit.

RAWATAN KECEMASAN:
Tanggalkan pakaian yang terkena racun. Jika terkena pada kulit, basuh dengan menggunakan sabun dan air. Jika terkena pada mata, bersihkan dengan menggunakan air bersih yang banyak. Jika tertelan dalam qunatiti yang sedikit, JANGAN ikhtiarkan pesakit itu muntah, berikan pesakit minum air atau susu yang banyak. Jika tertelan dengan banyak, ikhtiarkan pesakit itu muntah  dengan menjolok jari ke dalam kerongkong selepas diberi minum air. Jangan beri apa-apa melalui mulut JANGAN ikhtiarkan pesakit itu muntah  jika dia tidak sedar diri. Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

RAWATAN PERUBATAN:
Rawatan hendaklah mengikut tanda sakit.

MEDICAL TREATMENT:
Treatment symptomatic

JANGAN GUNAKAN BEKAS RACUN UNTUK MENYIMPAN MAKANAN. TANAM BEKAS RACUN APABILA KOSONG.

 KEEP AWAY FROM FOODSTUFF AND CHILDREN
JAUHKAN DARIPADA MAKANAN DAN KANAK-KANAK
勿储藏在靠近食品或儿童所接触的地方


Your cart is currently empty.
Continue shopping